The post Tips Supaya Aircond Kereta Sentiasa Sejuk Dan Tahan Lama appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Kalau boleh biar turun sekali dengan angin sejuk dari Banjaran Alp dari Eropah. OK, itu mustahil, tetapi bersyukurlah kerana kereta-kereta moden kini telah dilengkapi dengan penyaman udara yang boleh anda nikmati sepanjang perjalanan ataupun di dalam kesesakan trafik. Tapi tahukah anda tatacara penggunaan penyaman udara yang efektif. Ni kami nak bagi ceramah sikit.
Menghidupkan penyaman udara sebaik memasuki kenderaan sudah menjadi perkara biasa hari ini. Ia bagaikan tindakan reflek seperti anda menutup mata sewaktu bersin. Kebanyakan antara kita tidak tahu cara penyaman udara berfungsi dan hasilnya penggunaan penyaman udara yang tidak tepat. Janji sejuk, settle.
Ini mungkin sebab para pengeluar kereta telah mereka sistem kawalan penyaman udara yang sungguh mudah. Kita cuma perlu tekan butang ‘On’ dan laraskan suhu yang dikehendaki, selebihnya akan diuruskan oleh sistem itu sendiri. Tetapi sebenarnya ada langkah-langkah lain yang boleh diikuti agar sistem penyaman udara kereta anda lebih efisien.
Kami akan kongsikan beberapa langkah di sini tetapi sebelum itu mari kita lihat bagaimana sistem penyaman udara berfungsi.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Sistem penyaman udara kereta anda sebenarnya berfungsi sebagai satu litar yang tertutup. Ia mempunyai bahagian yang bertekanan tinggi dan juga rendah.
Dalam bahagian bertekanan tinggi, coolant ataupun ejen penyejuk (dalam bentuk gas) disedut masuk ke bahagian kompressor yang dipacu oleh enjin. Itulah bunyi yang anda dengar di bahagian enjin bila kompresor mula berfungsi.
Kompressor pula akan memaksa gas tersebut masuk ke condenser. Ia sebenarnya berfungsi seperti radiator yang akan menyejukkan coolant termampat tadi sehingga menjadi cecair pada tekanan tinggi.
Seterusnya ialah bahagian bertekanan rendah, cecair penyejuk bertekanan tinggi tadi akan ditolak masuk menerusi expansion valve dan terus ke bahagian evaporator (juga dipanggil cooling coil) di dalam kabin kenderaan.
Di sini keajaiban berlaku, di mana cecair penyejuk ini yang mempunyai takat didih yang rendah akan bertukar menjadi gas bila memasuki evaporator. Tindak balas ini dipanggil vaporization. Tak faham, semak buku sains anda semasa sekolah dulu. Rujuk kepada tindakbalas endotermik, vaporization ialah proses endotermik yang bermaksud ia menyerap haba.
Dengan kata lain, evaporator ataupun cooling coil yang ada di sebalik papan pemuka kereta anda berfungsi menyejukkan udara di sekelilingnya. Kipas elektrik menyedut udara dari luar dan menolaknya ke sekeliling evaporator dan menghembusnya ke muka kacak Abang Japar menerusi corong-corong udara pada papan pemuka.
Ia merupakan satu proses yang berterusan tanpa henti. Sekarang anda sudah faham cara ia berfungsi, jadi kini kami kongsikan cara penggunaan penyaman udara yang tepat.
LANGKAH ASAS
Cara paling berkesan agar penyaman udara cepat sejuk ialah memastikan kereta anda berada di bawah tempat teduh ataupun berbumbung. Kami tahu bukan senang untuk mencari tempat teduh terutamanya di tempat parkir terbuka tetapi jika ada ia satu bonus untuk anda dan kereta anda.
Satu kelebihan jika anda tahu di mana bayang bangunan akan berada pada waktu tertentu jika anda meletakkan kereta anda dicelah-celah bangunan sewaktu pergi ke tempat kerja. Biasanya jika satu-satu petak itu disinari cahaya matahari pada waktu pagi, menjelang tengah hari atau petang ia akan dibayangi bayang bangunan (pastikan ada bangunan la bukan guard house saiz kotak mancis).
Walaupun hawa di dalam kereta anda tetap panas tetapi teduhan bayang-bayang akan mengurangkannya. Takdelah rasa macam memandu oven sewaktu balik dari pejabat.
Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kepingan pelindung matahari yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kereta. Alah, berapa sangatlah harganya. Ini juga akan mengurangkan kesan rumah hijau kepada bahagian dalam kereta anda.
LANGKAH KLASIK
Ini satu cara klasik yang biasa digunakan oleh orang dulu-dulu termasuklah bapa saya sendiri. Jika langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan dalaman kereta anda sama panas dengan Gurun Sahara, adalah lebih baik jika anda salurkan udara luar masuk dengan membuka tingkap kereta anda sebelum menghidupkan penyaman udara.
Langkah terbaik ialah dengan membuka semua tingkap dan pandu kereta anda seketika. Pemanduan yang baik ialah sekitar 10-15km/j dan mengambil selekoh 90 darjah jika ada. Inertia sewaktu membelok akan menolak udara panas keluar ke sisi dan menyedut udara segar masuk dari sisi yang satu lagi.
Teknik ini juga sesuai digunakan jika anda terlepas membuang angin akibat memakan telur rebus sewaktu dalam perjalanan mengambil pasangan anda dari tempat kerja ataupun nak pergi dating.
MULAKAN DENGAN TETAPAN ‘LOW’
Anda mesti tidak gembira jika seseorang mengejutkan anda di tengah malam buta bukan? Silap-silap dapat tendangan sisi Haliborange Tae-Kwan-Do free. Begitu juga dengan penyaman udara, mulakan dengan hembusan yang perlahan sambil meningkatkan putaran kipas dan kurangkan suhu.
Jangan main terjah saja. Bahkan jika penyaman udara anda mempunyai mod ‘Auto’, perhatikan yang biasanya ia akan bermula dengan tetapan perlahan dan kemudian semakin kuat.
SENTIASA GUNAKAN MODE “RECIRCULATION”
Bila penyaman udara sudah sejuk, sentiasa pastikan ia berada dalam mod recirculation untuk mengelakkan udara panas dari luar masuk ke dalam. Ini akan menyebabkan penyaman udara anda bekerja dengan lebih relaks.
JANGAN BUAT BEGINI…
Bila berhenti nak keluar dari kereta, jangan terus mematikan enjin anda tanpa mematikan suis penyaman udara terlebih dahulu, ini akan membuatkan sistem penyaman udara mengalami kejutan.
Langkah sebaiknya ialah matikan suis penyaman udara sebelum anda sampai ke destinasi. Pada masa ini biasanya kabin dalaman sudahpun cukup sejuk, memadai dengan hembusan udara daripada kipas elektrik dalaman sahaja.
Bila anda sudah mematikan suis penyaman udara, pastikan kelajuan blower ataupun kipas berada pada tetapi ‘Med’ ataupun ‘High’.
Kenapa? Pernahkah anda perhatikan takungan air di bawah kereta anda bila anda berhenti? Itu ialah air daripada evaporator kereta anda. Ianya dalam keadaan hampir mencecah takat beku bila udara panas bergerak menghampirinya, jadi proses kondensasi berlaku lalu menghasilkan titisan air tersebut.
Menghidupkan kipas sewaktu penyaman udara dimatikan akan mengeringkan bahagian evaporator. Ia juga berfungsi memastikan kulapuk dan juga kulat tidak akan terhasil di dalam ruang evaporator anda. Inilah punca bau hapak yang selalu anda hidup di dalam kabin kereta anda.
SERVIS BERKALA
Sama seperti kereta, sistem penyaman udara juga perlu diservis. Cecair penyejuk perlu ditukar, kompresor juga perlukan minyak khusus untuk kelancaran operasi. Komponen-komponen seperti expansion valve dan penapis juga perlu ditukar untuk memastikan penyaman udara anda beroperasi secara optima.
AKHIR KATA
Anda seharusnya tahu yang sistem penyaman udara akan menjejaskan penggunaan bahan api anda. Kompresor perlukan sumber tenaga dan dengan kata lain ia berfungsi dengan bantuan enjin.
Satu lagi ialah jangan terlampau dalam menggunakan penyaman udara. Jika suhu di luar terlalu panas, jangan ghairah untuk menyejukkan kereta anda seperti di dalam igloo. Tubuh manusia mempunyai hadnya, dan jika anda keluar ke bawah cahaya matahari dari kabin kereta yang sejuk, mau jatuh demam tau!
Suhu yang ideal untuk keselesaan kita sebenarnya memadai sekitar 24-25 darjah Celsius.
SUMBER : http://www.mekanika.com.my/buletin/ini-tips-supaya-aircond-kereta-sentiasa-sejuk-dan-tahan-lama
The post Tips Supaya Aircond Kereta Sentiasa Sejuk Dan Tahan Lama appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Toyota Vellfire – Cooling coil Bocor appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Untuk model kenderaan MPV macam Vellfire ni sistem aircond agak rumit sebab MPV menggunakan sistem aircond double blower.
Double blower bermaksud sistem aircond menggunakan sepasang cooling coil dan motor blower di bahagian hadapan, sepasang lagi di bahagian belakang untuk menyejukkan kereta. Dengan adanya sistem double blower ni barulah penumpang yang duduk di seat bahagian belakang akan rasa sejuk dan selesa.
Lepas kami periksa dengan teliti kami dapati gas dalam sistem sangat kurang. Gas kurang terjadi biasanya kerana ada kebocoran dekat mana-mana komponen aircond.
Kalau terjadi gas aircond kurang ni, biasanya pelanggan akan memilih untuk topup gas kerana aircond akan kembali sejuk dan kos keluar pun tak banyak. Tapi ramai tak tahu amalan topup gas ni akan menyusahkan anda di kemudian hari. Nanti saya ceritakan berkenaan “topup gas” dalam entri yang lain.
Untuk Vellfire ni kami nasihatkan owner untuk buka dashboard dan keluarkan cooling coil bahagian depan. Lepas di keluarkan dan di test ternyata cooling coil sudah bocor.
Kami kongsikan video cooling coil bocor kat bawah.
Jalan penyelesaian untuk masalah ini ialah kena tukar seketul cooling coil yang original. Untuk kerja-kerja kali ni kami bagi warranty selama setahun dan free flushing selepas 3 bulan @ 10,000 km.
The post Toyota Vellfire – Cooling coil Bocor appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Kenapa Baiki Aircond Kereta Myvi boleh habis beribu-ribu appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Sabar yer …
Kalau anda pemilik kereta Myvi kami minta anda luangkan sedikit masa untuk baca penerangan kami.
Sebenarnya bukan semua model Myvi yang mengalami masalah seperti ni.
Kebiasaannya model Myvi lama yang keluar sebelum tahun 2011 mengalami simptom minyak compressor hitam dan menjahanamkan keseluruhan sistem aircond.
Sebenarnya betul, kos untuk baiki Myvi adalah lebih kurang sama sahaja dengan kereta lain, cuma bila terjadi sistem hitam mekanik terpaksa mengganti kesemua komponen yang terjejas sekaligus.
Sekarang anda tengok gambar compressor Myvi kami tunjuk kat bawah ni.
Ini ialah compressor jenis rotary buatan Denso yang dipakai oleh Myvi model lama. Minyak hitam seperti yang kami tunjuk di atas pada asalnya berwarna putih jernih. Bila dah hitam macam kat atas tak ada cara lagi untuk baiki, mesti kena tukar.
Bermula tahun 2011 Perodua dah upgrade sistem aircond untuk model-model Myvi Lagi Best. Jadi pengguna-pengguna Myvi Lagi Best boleh tarik nafas lega, cuma adalah lebih baik buat servis berkala untuk jaga sistem aircond supaya sentiasa dalam keadaan baik.
Kalau sistem dah hitam, apa lagi kena tukar selain Compressor ???
1. Cooling coil : Komponen ni dia duduk kat bawah dasboard kereta anda. Biasa kami kena buka dashboard untuk keluarkan coil ni.
2. Condenser & Filter Drier : Komponen ni duduk dekat depan tangki radiator. Daripada depan kereta dah boleh nampak. Condenser ni akan datang sekali dengan Filter Drier kat sebelah dia.
3. Paip-paip : Ada 3 batang paip yang kena tukar. Maaf kami sempat ambik gambar sebatang jer. Lagi dua batang cina besi buruk dah ambik.
4. Expansion valve : Expansion valve ni kalau kita tengok memang dah hitam kat bahagian dalam. Valve sangat mudah tersumbat bila sistem aircond kotor.
5. Pressure switch : Komponen ni adalah sejenis sensor untuk melindungi sistem daripada tekanan gas yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
6. Cabin Filter : Yang ni semua orang dah tahu. Tujuan untuk melindungi cooling coil daripada kotoran dan habuk.
Semua barang-barang yang kena tukar kat atas dan masa yang di ambil untuk buat kerja-kerja pembaikan menyebabkan kos untuk baiki Myvi jadi tinggi. Garu kepala abang-abang mekanik bila customer mintok muroh sebab memang kos dah sedia ada mahal.
Lepas ni jangan pulok kata abang pomen menipu bila dia cakap mahal. Harap info yang kami bagi ni berguna untuk anda semua.
Nanti ada masa kami update lagi berkenaan aircond kereta. Terima kasih kerana sudi membaca yer
The post Kenapa Baiki Aircond Kereta Myvi boleh habis beribu-ribu appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Aircond Kereta Tidak Sejuk Bila Berhenti di Traffic Light? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Apa punca berlaku situasi macam ni ???
Kebiasaan ada 3 kemungkinan yang menjadi punca kenapa bila kereta dalam idling aircond jadi problem. Saya cerita satu persatu supaya mudah untuk para pelanggan rujuk nanti.
1. Fan Motor (motor kipas) problem:-
Motor kipas ni kalau kita buka ruang compartment enjin memang terus nampak. Ada kereta menggunakan 2 jenis Fan Motor iaitu radiator fan dan aircond fan sebagai contoh Proton Wira. Ada juga yang hanya pakai satu Fan Motor contohnya Perodua Myvi.
Sekecil-kecil masalah seperti fuse putus atau relay rosak cukup untuk memberi masalah kepada Fan Motor. Dan tentu sekali Fan Motor sendiri pun berkemungkinan bermasalah kerana Fan Motor adalah sejenis part “Wear & Tear” maksudnya pakai buang sebab tak boleh di repair dah.
2. Gas aircond kurang:-
Bila gas aircond kurang, compressor tak dapat menyejukkan aircond kereta anda ketika anda berhenti di traffic light atau dalam keadaan idling. Sebaliknya bila kereta dalam keadaan bergerak, enjin akan mengepam compressor dengan lebih kuat. Sebab tu lagi laju anda bawa kereta lagi sejuk aircond anda rasa.
Tapi awas, gas akan keluar sampai laa tak ada langsung gas yang tinggal dalam sistem. Ketika ni aircond anda langsung tidak berfungsi.
Jom tengok contoh kebocoran gas yang berlaku dekat komponen cooling coil dan compressor.
Sebaiknya kalau ada kebocoran rujuk dengan mekanik aircond anda dan repair secepat mungkin.
3. Compressor loose power (Rosak)
Ini adalah kes paling teruk , bermakna poket anda akan bocor. Compressor adalah part paling mahal dalam sistem aircond. Compressor ni biasanya takkan rosak dalam tempoh setahun dua. Yang biasa terjadi anda dah pakai sampai 7,8,9 dan ada juga yang sampai 10 tahun tanpa servis langsung.
Dekat sini kami amat tekankan anda buat Servis Flushing paling kurang setahun sekali, barulaa compressor susah rosak.
The post Aircond Kereta Tidak Sejuk Bila Berhenti di Traffic Light? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Karpet Dalam Kereta Basah. Apa sebabnya? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Jangan musykil sebab punca karpet basah ni adalah kerana cooling coil kereta dah terlalu kotor.
Cooling coil ni kotor kerana semua habuk yang disedut oleh motor blower sangkut dekat cooling coil. Cooling coil ni apabila kita bukak aircond cooling coil akan menjadi sejuk dan basah. Air akan tersejat dekat cooling coil dan menitis keluar melalui saluran paip buang.
Masalah terjadi apabila air yang menitis sekali dengan kotoran-kotoran melalui saluran paip ni lama-lama akan menyebabkan paip tersumbat.
Bila tersumbat air akan bertakung dan melimpah keluar ke karpet kereta. Jadi untuk selesaikan masalah ni mesti kena buka cooling coil dan cuci supaya masalah sama tak berulang.
The post Karpet Dalam Kereta Basah. Apa sebabnya? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Timing Enjin rendah, Aircond Tidak Sejuk? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Baru-baru ni kami terima kunjungan seorang pelanggan dengan kereta Perodua Alza beliau. Aircond memang tak sejuk, apabila kami periksa secara keseluruhan kami dapati compressor sudah rosak dan perlu diganti yang baru.
Proses mengganti compressor dan servis keseluruhan memakan masa hampir 3 jam.
Dipendekkan cerita proses servis dan menukar compressor berhasil dengan jayanya. Aircond kembali sejuk macam kereta baru.
Selang sehari, tuan kereta menghubungi kami aircond kereta dah tak sejuk balik. Bukan itu saja, enjin pun terasa semput bila berjalan. Memang pelik sebab sebelum tukar compressor tiada masalah seumpama ini terjadi.
Video di bawah ni kiriman pelanggan kami. Bila aircond dibuka enjin tiba-tiba jadi ‘gila’ dan lampu Check Engine Light terus menyala.
Kami minta dia hantar balik kereta ke bengkel kami untuk diperiksa. Apabila berlaku lambang Check Engine Light keluar, kita perlu menjalankan ujan menggunakan scanner khas. Dengan menggunakan scanner kami dapat mengenalpasti masalah sebenar. Di bawah ni report yang ditunjukkan oleh scanner kami.
Error code P0302 iaitu Missing Cylinder No 2 ni menunjukkan piston no 2 enjin tidak berfungsi. Bermakna Enjin sekarang hanya berfungsi dengan 3 piston. Apabila enjin tidak berfungsi dengan sempurna, voltage untuk menghidupkan Magnetic Clutch Compressor berkemungkinan tidak mencapai 12V. Inilah penyebabnya aircond kereta tidak sejuk macam yang sepatutnya.
Solusi untuk masalah ini adalah kami perlu mengganti bahagian Ignition System yang telah rosak. Perkara yang paling utama untuk diperiksa adalah coil plug.
Gambar diatas ni adalah coil plug no 2 yang telah dibuka. Coil plug ni kelihatan agak haus berbanding yang lain. Dan memang sah inilah dia masalah sebenar yang menyebabkan enjin semput tadi. Untuk mereka yang selalu membasuh enjin kereta, coil plug rosak ni perkara yang biasa terjadi apabila air memasuki ruang dalam enjin.
Selepas mengenalpasti masalah, kami bagitau Tuan kereta solusi untuk masalah sekarang ialah menukar Coil Plug yang baru. Alang-alang tu kami buka dan tukar sekali ke empat-empat spark plug lama sebab nampak dah uzur sangat.
Ni gambar spark plug yang ditukar. Boleh nampak jelas beza yang baru dengan yang lama.
Selepas selesai proses menukar Coil plug dan Spark plug kami jalankan sedikit ujian untuk pastikan aircond berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, aircond sejuk seperti biasa dan Tuan kereta pun berpuas hati sangat-sangat dengan hasil kerja kami.
Ok setakat ni saja celoteh kami buat kali ini. Kita jumpa lagi di entri yang seterusnya yer.
Boleh HUBUNGI kami kalau ada apa-apa pertanyaan.
The post Timing Enjin rendah, Aircond Tidak Sejuk? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Masalah Aircond Toyota Altis appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Kat bawah ni saya kongsikan gambar kereta Toyota Altis tahun 2014 milik salah seorang pelanggan saya daripada Manir yang mengalami masalah serupa.
Setelah diperiksa menggunakan pressure Gauge, kami dapati compressor kereta langsung tak berjalan. Memang sepertimana yang kami agak, compressor ini sudah rosak.
Tapi apa yang menyebabkannya rosak, sedangkan Altis ni adalah kereta baru keluaran Toyota yang kita semua ketahui sangat tinggi dari segi kualiti. Ok jom tengok gambar compressor kat bawah ni.
Ini adalah model Control Valve compressor. Model compressor ni kebiasaanya kita jumpa dalam kereta-kereta jenis “Luxury” contohnya Mercedes, BMW, Estima dan Toyota Wish. Perhatikan soket elektronik dalam bulatan kat bawah.
Dalam bulatan merah tu kita panggil Control Valve yang berfungsi untuk menerima signal ON & OFF daripada Computer Box. Sepatutnya compressor akan terus Cut IN apabila signal diterima tapi sebaliknya yang berlaku.
Apabila keadaan ini berlaku itu tandanya Control Valve ini sudah rosak. Setakat ni, ada kawan-kawan bengkel yang dah cuba untuk tukar Control Valve sahaja tanpa menukar compressor. Tapi Control Valve yang sangat mahal ni hanya mampu bertahan selama 3 bulan.
Apabila kami rujuk Pusat Servis Toyota di Kuala Terengganu, hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah ini iaitu gantikan compressor yang baru. Setelah berbincang, Owner kereta setuju dengan cadangan kami. Dan Alhamdulillah aircond kereta kembali sejuk seperti sediakala.
Kalau anda alami masalah yang serupa jangan segan-segan terus jer HUBUNGI kami.
The post Masalah Aircond Toyota Altis appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post FLUSHING Mercedes CLK 200 appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Apabila di periksa tekanan Low Pressure dan High Pressure menggunakan pressure gauge, kami dapati masalah ini sangat aneh kerana bacaan yang ditunjukkan adalah normal. Sepatutnya aircond kereta ni tidak bermasalah langsung.
Jadi apa yang perlu dibuat dalam keadaan seperti ini?
Sebenarnya bacaan yang ditunjukkan oleh pressure gauge tidaklah “Accurate” macam yang kita sangka. Sebab itulah kedai aircond kereta sekarang sangat memerlukan mesin FLUSHING. Kat bawah ni mesin Flushing buatan Jerman yang banyak membantu kami terutama bila melibatkan kereta-kereta Continenal macam ni.
Apa yang perlu kami buat adalah sedut keluar semua gas aircond yang ada dalam sistem kereta dan periksa adakah kandungan gas cukup mengikut spec yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta.
Dalam kes ini, kami dapati separuh daripada gas asal dah hilang menyebabkan aircond tidak mencapai tahap kesejukan seperti asal. Dekat sini kami dah kenalpasti masalah yang berlaku adalah disebabkan kebocoran halus dalam sistem menyebabkan gas aircond keluar secara perlahan-lahan.
Kebiasaan kebocoran halus ni berpunca daripada paip aircond yang sudah rosak. Selepas paip discharge digantikan mesin akan menjalankan proses FLUSHING untuk membuang minyak compressor lama, segala kekotoran dan kelembapan di dalam sistem. Selepas itu minyak compressor bergred tinggi dan gas r134a baru yang tulen akan dimasukkan ke dalam sistem mengikut spesifikasi asal pengilang.
Selepas selesai semua proses, hasilnya sangat memberangsangkan. Aircond dah kembali sejuk macam baru mula-mula beli kereta. Alhamdulillah pelanggan sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami kali ni.
Untuk para pembaca kalau ada masalah aircond kereta, jangan segan-segan HUBUNGI kami dan ajukan kepada kami apa masalah anda. InsyaAllah kami akan sedaya upaya menolong.
The post FLUSHING Mercedes CLK 200 appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Aircond Kereta Berbunyi? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>Jom kita tengok contoh-contoh pertanyaan yang singgah di wall Facebook saya.
Apabila aircond kereta di buka tiba-tiba ada keluar bunyi yang tidak menyenangkan. Persoalan sekarang, apa yang berbunyi tu??
Dalam kereta ni, kalau dah lama pakai macam-macam benda boleh berbunyi sebab sesetengah “part” atau “kompenen” dah mula uzur. Tapi kalau berkait dengan aircond, kemungkinan bunyi yang anda dengar datang daripada komponen-komponen di bawah.
(1) AIRCOND BELT
Belting aircond atau biasa abg-abg pomen panggil tali kipas ni ada tempoh hayatnya yang tersendiri. Ia akan berbunyi nyaring apabila kendur. Biasa kalau tali kipas ni masih elok boleh ditegangkan balik. Kalau dah tak elok biasa kita perlu tukar mungkin 2 atau 3 tahun sekali.
(2) Motor blower
Motor blower ni kebanyakannya dia duduk di bawah dashboard sebelah penumpang. Tapi ada juga yang disorok dekat tempat lain. Kebiasaannya apabila ada sampah seperti plastik atau kertas yang lolos masuk ke motor blower ni dia akan berbunyi. Kadang-kadang ada juga bunyi sebab motor dah mula rosak.
(3) Bearing compressor & tensioner
Ni antara masalah yang paling kerap dijumpai bila ada bunyi bising di bahagian enjin kereta anda. Bearing ni boleh rosak bila-bila masa saje, kita tak boleh nak menjangka berapa lama dia boleh tahan. Senang cerita, kalau bearing-bearing ni rosak semestinya bunyi tak sedap akan kedengaran.
(4) Compressor
Kalau ada bunyi yang datang daripada compressor, itu adalah bunyi yang paling tak sedap sekali untuk didengar. Sebabnya bunyi ni menandakan poket anda akan bocor sebocor-bocornya. Compressor yang dah mula rosak biasanya akan berbunyi apabila aircond dibuka dan terus senyap apabila aircond ditutup.
Kalau nak cerita memang banyak lagi bunyi-bunyi yang menghantui pengguna kereta .Cuma ada kemungkinan bunyi-bunyi tu berpunca daripada komponen-komponen aircond dan ada juga yang bukan.
Saya senaraikan sedikit komponen yang berkemungkinan menjadi punca masalah tersebut di atas berdasarkan pengalaman kami dalam bidang ini.
Kalau rasa artikel ni tak cukup membantu boleh hubungi kami dan tanyakan berkenaan masalah anda
The post Aircond Kereta Berbunyi? appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>The post Buka Dashboard Kereta Untuk Servis Aircond appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>MACAM NI HAAA …
Ni beberapa gambar kami kongsikan kepada anda macam mana kami buat major servis untuk aircond kereta anda. Dekat bawah dashboard kereta anda tu sebenarnya ada satu komponen aircond yang masih ramai belum kenal (dah masuk bengkel nanti InsyaAllah kenal) iaitu Cooling Coil.
Cooling coil ni adalah komponen yeng terdedah kepada kotoran dan habuk. Bila Cooling Coil dah terlalu kotor atau lebih teruk dah bocor, aircond kereta anda akan mula buat hal. Kebiasaannya anda akan rasa aircond dah kurang menyengat tak macam awal-awal kita guna kereta tu.
Agak-agaknya kotor macam mane yer Cooling Coil tu?
Tengok gambar yang kami bagi ni, pasti loya tekak anda melihatnya. Ni sebenarnya rupa Cooling Coil yang ada dalam kereta anda selepas bertahun-tahun anda guna aircond dan tak pernah langsung di servis.
Dan melalui Cooling Coil ni la angin sejuk ditiup oleh Motor blower sampai kepada anda. Anda pun menghirup udara sejuk aircond bersama dengan habuk, bakteria dan fungus yang anda tak nampak.
Punca utama Cooling Coil kotor adalah sebab benda ni.
Inilah Motor Blower yang menarik masuk habuk dan kotoran dalam kereta anda pergi ke Cooling Coil. Inilah punca utama yang anda perlu ambik perhatian. Mende ni mesti dicuci sekerap mungkin untuk pastikan Cooling Coil dapat bertahan lama.
The post Buka Dashboard Kereta Untuk Servis Aircond appeared first on SS Aircond & Auto Service.
]]>